Archives

All posts for the month November, 2015

Tips: Penjagaan Kucing Ketika Hamil

Published November 6, 2015 by esoneniey

Assalamu’alaikum hai semua

Pastinya yang klik tajuk ini sebab telah disahkan pregnant dan ada kucing, betul tak? Hehehe. Itulah yang pertama sekali aku cari maklumat apabila disahkan pregnant selepas 2 tahun 5 bulan berkahwin. Happy sangattttt betul tak wahai pencinta kucing? Yang bukan pencinta kucing dan berniat nak buang kucing shuhhhh pergi jauh2. Jangan baca tips ini. Ehhh gurau je. Bacalah topik aku nie. Jangan buang kucing ok WALAUPUN KAU PREGNANT ATAU TAK? FAHAM? *tegas

Percaya tak kalau aku cakap yang sepanjanggggg preggy, 99.9% aku yang handle 3 indoor cats aku. Sebab husband kerja jauh. Jumpa weekend. Kucing aku Baka kampung aje. Short hair. Tapi bijak ya amat. Aku sayang sangat dorang. Aku percaya mereka juga menaburkan bakti dengan berdoa kepada Allah swt utk aku ada zuriat sendiri :’)

Jom baca tips di bawah. PALING PENTING SEKALI KALAU NAK HANDLE KUCING SEMASA PREGGY kena ikut syarat ini:

Ini ikut pengalaman aku ok.

  1. Full vaccinated – ini memang wajib. Budak2 tue dilahirkan dalam rumah nie juga so daripada baby sampai ke besar memang aku pantau kesihatan, diet, dll. Vet kegemaran dorang adalah Klinik Zul Erwan Sg Buloh. Kegemaran konon. Pdhal mmg itu je Vet ko pergi. Hahaha.
  2. Dewormed and deflea – deworm boleh buat sendiri. Tapi aku hantar vet aje. Sebab failed nak masukkan pil dlm mulut dorg. Untuk buang kutu, Percaya tak seminggu beberapa kali aku akan sikat bulu dorg even waktu aku preggy pun!
  3. Sunatkan dorg – ye betul. Aku sunatkan dorg sebab aku percaya bila sunatkan dorg, dorg lebih sihat n umur panjang insyallah. Google sendiri pasal sunat nie ok. Kucing bila dah sunat mereka jd pembersih.
  4. Kebersihan – percaya tak sepanjang preggy hari-hari aku vacuum dan mop rumah? Tak tahu lah sebab aku pembawaan baby: nak rumah kelihatan bersih aje atau memang aku macamnie? Haha. I hate habuk you know.
  5. Mandi – 2 bulan sekali mandikan dorg. Aku pernah 2-3 kali mandikan dorg masa aku preggy!

Yeeeee sebenarnya korang nak cari macamner nak handle poo pee dorang masa preggy kan kan?

Believe it or not, itupun aku handle masa aku PREGGY. Husband tak tolong langsung. Entahlah. Phewww. Yang penting kebajikan budak2 ini kebanyakannya husband yg support. Tue pasal husband lepas tangan kot. Haha. Ataupun dia sedikit pun tak anggap budak2 ini sebagai anak sendiri wuuu sedih T___T opss tapi masa aku berpantang dan masa aku kat hospital, dia boleh handle. Ala biasalah lelaki, bila kita takde baru dah boleh buat sendiri.

Ok back to topic.

Apa yang aku buat adalah:

Aku guna kaedah 4 hari sekali, tukar pasir. 4 hari sekali tukar pasir baru. TUKAR. TUKAR. Jangan scoop ok. Wahai wanita hamil pencinta kucing, avoid to scoop poo dorang ye tapi tukar pasir terus. Beli plastik besar yang warna hijau tue Eco Friendly Save apa ntah brand dia kat AEON dan DIY ada jual. Beli yg tue dan masuk pasir lama. Buang. Settle.

Lepas tue basuh tempat dorang berak tue. Dorg pakai HOOD LITTER brand CAT IT tue so aku bawa bekas tue masuk toilet dan letak serbuk sabun dan berus sampai bersih, bilas, keringkan dan tukar pasir baru. Settle.

Lepas tue baru ko sapu rumah. Ye baru hati tenang.  Fuhh. Average settle dalam 30 minit all in.

Memula memang aku pakai handglove dan penutup hidung tapi aku tak selesa. Justeru aku guna kaedah, setiap kali tukar pasir, aku mandi. Aku mandi. Jadinya rasa badan bersih dan bebas bakteria.

Ya, aku handle benda alah tue sampai perut aku besar 9 bulan! Aku tak tahu mana datangnya kekuatan macamtue. Allah yang bagi, so aku terima. Luar biasa pulak bila fikir balik. Dengan 3 bulan pertama aku muntah, dehydrated, weight-loss, still ada kekuatan. Itu semua izinNya.

Tips seterusnya.

Jangan bagi meow korang main dengan tikus, burung dan binatang yg berbisa. Since dorang indoor, cicak dan lipas perkara biasa dorg main. Itu ok lagi. Tapi janganlah tikus dan burung ye. Nnt dorg kena infection susah pulak.

Lagi satu.

Aku tahu ramai PREGGER risau ttg TOXOPLASMOSIS, TOXOPLASMA kan?

Waktu aku disahkan pregnant, aku consult dgn gynae aku. Pakar dari TMC. Nama tak payah sebut lah. Aku luahkan kerisauan aku. Then surprisingly, tahu tak doktor tue cakap apa? “NO WORRY, DIA TAKKAN EFFECT KAMU” Lega sikit. Doktor kata setiap kali handle kucing kena basuh tangan dgn dettol. Yup aku beli pencuci dettol. Wajib.

Tahu tak sebab apa doktor kata jgn risau?

Binatang peliharaan di dalam rumah (kucing atau anjing) yang korang jaga betul2 dari segi pemakanan dan pembersihan, peratus mereka utk dapat toxoplasma sangat kecil. Sebab ko bagi dorg makan kibble, ikan, ayam aje kan? Bukan bangkai kan? Yaaa kalau dorg sentuh dan makan bangkai, itu baru bingai! Eh silap, itu barulah ada chance utk toxoplasma!!! Sebab, toxoplasma merebak melalui bangkai, tanah yang lembab, makanan mentah dsb. Dan sebab itulah aku nasihat sangat2 (doktor yg nasihat sebenarnya), jangannnn makan sushi dan makanan mentah sewaktu pregnant. Tak kisah masa tue ko dah second trimester ke, third ke apa ke JANGANNN OK. Elakkan. Plz.

Lagi satu, toxoplasma pun boleh merebak jika kita berkebun atau gardening. Kita pegang soil, baja dan sebagainya. Itu pun boleh dpt toxoplasma. So, ia bukan dtg dr kucing 100% ok. Apatah lagi kucing yg ko sendiri jaga depan mata.

Apa diet dorg?

Budak2 tue makan kibble brand campur2.. kadang Blackwood, Buttons and Bows (dulu Sportmans Pride), Equilibrio. Leonardo je tak pernah try sebab mahal. Hahaha. Wetfood dorg suka bantai ikan dan ayam rebus. Kadang kaya sikit bagilah ikan bilis. Ikan bilis mahal wooo. Air aku bagi air filter bio aura. Litter sand dorang yg murah. Ikutlah kadang Fido, Purina, mana2 yg murah aku amik. Average 3-4 guni 10lbs utk sebulan.

Okay itu sahaja tips ttg penjagaan kucing sewaktu aku hamil.

Alhamdulillah daripada sekecil kacang anak aku dalam perut, sampai dizahirkan ke dunia alhamdulillah dia sihat walafiat. Tahu tak sepanjang aku preggy, budak2 tue tido dgn aku. Penuh tilam. Semak aje hahaha. Macam tahu2 aje ada nyawa lain dalam perut aku. Dorg pun konon2 lah macam jaga sekali. Hahaha. Sampai sekarang, bila anak aku bermain, dorang temankan dan perhati dari jauh. :’)

Insyallah jika niat kau ikhlas, Allah swt akan bantu. Ikhlas jaga haiwan peliharaan, stay positive dan kuat juga pekakkan telinga bila ada orang luar yg cakap macam2 pasal kucing kau. Sebab dorg bukan TUHAN.

Bukankah ALLAH SWT dah janji, setiap kehidupan di dunia ini jika kita kongsikan sesuatu, maka kau akan dapat balasan? Insyallah.

Apa2 nak tanya komen ye. Nanti aku balas. Peace.

Daripada,

Oreo, Pepsi, Khloe dan arwah Ashley (mak dorg)

-mak Ashley pergi waktu aku mengandung 8 minggu. SEDIH.

Hannah 4 bulan

Hannah 4 bulan

Hannah dalam hari. Khloe sibuk jagakan. Ayah aku kemain rapat hahaa.

Hannah dalam hari. Khloe sibuk jagakan. Ayah aku kemain rapat hahaa.

Kebahagiaanku, penyeriku, mereka banyak mengajarku bersabar daripada sekecil2 tapak tangan hingga besar debab gemuk. Dr situ aku hargai pemberian TUHAN dan sayang akan haiwan. Semoga ia menurun kepada anak2 ku. Amin.

Kebahagiaanku, penyeriku, mereka banyak mengajarku bersabar daripada mereka sekecil2 tapak tangan hingga besar debab gemuk. Dr situ aku hargai pemberian TUHAN dan sayang akan haiwan. Semoga ia menurun kepada anak2 ku. Amin.

Advertisements