Archives

All posts for the month June, 2015

My Breastfeeding Journey

Published June 18, 2015 by esoneniey

Macam kelakar pulak bila malam 1 Ramadhan nak update pasal breastfeeding. Kah kah kah. Okay teruskan taip selagi ada mood dan masa terluang ini.

Alhamdulillah anakku ada rezeki berpeluang untuk breastfeeding sehingga sekarang, 5 bulan 2 minggu. Ikutkan, bukanlah breastfeeding sebabnya aku pam susu dan dia minum. It is Expressed Breast Milk; EBM. Jadi, term paling tepat adalah EBM-feeding, kot? Sebab EBM, Hannah refused sejak dia dalam hari.

Sebenarnya boleh aje aku practice Hannah untuk direct BF tapi aku juga refused sebab aku kerap tinggalkan Hannah dengan mama. Aku kerap ke JB, buat kerja di library dan etc. As long Hannah dapat minum susu badan pun dah alhamdulillah bersyukur sangat. Ketahuilah ramai para ibu yang tidak berpeluang menyusui anaknya. Tidak mengapa, masing-masing ada kelebihan Allah swt bagi. Dia Maha Adil tau. 🙂

Sewaktu Hannah mencecah 3 bulan, supply susu aku kurang secara tiba-tiba. Tak macam sebelum itu. Padahal aku melantak nasi, ayam, ikan, sayur jangan cakaplah. Badan pun dah start naik. Semata-mata untuk tambah susu, sanggup bergemuk demi anak.

Rupa-rupanya, ia adalah perubahan normal. Susu badan akan supply mengikut umur dan perkembangan anak dan juga keadaan hormon ibu. Tapi tak salah kalau ibu melakukan inisiatif untuk memperbanyakkan susu. Lebih-lebih lagi untuk tambah stok EBM. Pelbagai petua untuk tambah susu terdapat di internet sekarang. Mengikut kesesuaian diriku, sayur bayam banyak membantu. Yup sayur bayam dan sayur hijau lain akan tambah susu aku. Seiring juga dengan pengambilan nasi, air yang banyak dan ostematrix shaklee. Ia membantu memperbanyakkan susu ibu. Dan paling penting adalah POWER PUMPING! Ye dalam tempoh 24 jam, aku lakukan 3-4 kali power pumping dan akan dapat 6-7 botol (sebotol 5oz) susu untuk Hannah. Alhamdulillah. Dalam sehari, Hannah akan menyusu dalam 25-30oz.

Bagi aku, tiada spesifik petua untuk banyakkan susu. Sebab, kesemua tersebut perlu kerap dilakukan secara seiring. Barulah susu akan banyak. InsyaAllah. Doa dan niat juga amat penting. Aku kerap mohon suami berdoa juga untuk aku banyakkan susu. Hehehe kelakar tak? :p

Ada cerita sedih sepanjang ber-EBM ini. Belum pernah kami sekeluarga bercuti meninggalkan rumah lebih daripada 3 hari dan…stok EBM rosak sebab blackout! Sedih ok! Aku rasa down, pressure dan stress. Suami takkan faham no no no, dia relax aje. Sebab bukan dia yang pump. Dia tak dapat rasa feeling tue. Huaaa. Total EBM adalah 13. Nak menangis atau jerit? 13 banyak bagi aku sebab aku penat jerih spend masa dan usaha untuk semua tue. Down. Akhirnya aku akur pada mama ketika itu iaitu…ajarkan Hannah untuk susu formula. 😦

Sebab waktu tue susu badan aku limited, stress EBM rosak. Hannah dah kenal bau dan rasa susu formula, jadi, dia refused minum. Ada juga alasan aku beri pada mama. Then, what happened? Mama asked me to bring Hannah to her and she fed Hannah, surprisingly Hannah accept that formula milk! Ada dua perasaan ketika itu. Gembira sebab Hannah kenyang. Sedih sebab akhirnya dah kena mix susu 😦

Semua itu aturan dariNya.

Now Ramadhan dah tiba. Aku tidak putus asa untuk power pumping. Selagi dikurniakan waktu dan kudrat, aku akan teruskan buat stok. Dan yang paling penting adalah… Electrical Breast Pump kenalah berfungsi kan! Aku guna Malish Mango aje. Alhamdulillah berbaloi beli walaupun antara murah di pasaran.

Baiklah, selamat menjalani ibadah puasa.

Wassalam.