Majlis Dzikir Maulidurrasul saw Haul Akbar dan Cukur Jambul BabyHS

Published February 26, 2015 by esoneniey





Terima kasih ayahku dan atok saudaraku for the arrangement.

Majlis itu adalah anjuran Al-Khidmah Malaysia. Acara utamanya adalah selawat, zikir dan ceramah. Namun diselitkan juga dengan sessi cukur jambul oleh bayi-bayi yang baru lahir. Para Habib, Kiai dan Syeikh didatangkan khas daripada Indonesia. Baby HS dibawa ke hadapan bersama dengan 3 baby yang lain dan setiap daripada mereka dibacakan doa, cium di ubun-ubun, tahnik dan cukur jambul. Alhamdulillah baby HS sangat behave. Aku risau juga ketika itu khuatir baby HS cranky. 

Hasratku termakbul jua, syukur alhamdulillah. Bukan mudah untuk mendapat doa-doa daripada orang yang soleh.

Sebut tentang cukur jambul, dulang disediakan. Sangat simple. Air kelapa, gunting, sedikit bunga sebagai hiasan dan madu. Kenapa air kelapa? Aku pun tak pasti. Mungkin sebab supaya rambut anak lebat nanti kot? Terima kasih mama sediakan bunga-bunga telur juga sebagai buah tangan untuk para VIP.

Keesokan itu, rambut baby HS akhirnya selamat dicukur dan dibotakkan oleh ayahnya sendiri. I am very proud with my husband. Sangat kemas hasilnya langsung tiada sebarang luka malah cukuran adalah sekata. Hannah, awak patut bangga dengan ayahmu yang sememangnya seorang penyabar. 3 jam mengadap untuk dicukur tanpa sedikit pun beliau merungut. 

Semoga baby HS membesar dengan sihat, sempurna, dijauhkan daripada sebarang penyakit yang memudaratkan dan menjadi insan yang sayang pada agama, mama ayah dan orang lain. 💕

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: