Archives

All posts for the month February, 2015

Majlis Dzikir Maulidurrasul saw Haul Akbar dan Cukur Jambul BabyHS

Published February 26, 2015 by esoneniey





Terima kasih ayahku dan atok saudaraku for the arrangement.

Majlis itu adalah anjuran Al-Khidmah Malaysia. Acara utamanya adalah selawat, zikir dan ceramah. Namun diselitkan juga dengan sessi cukur jambul oleh bayi-bayi yang baru lahir. Para Habib, Kiai dan Syeikh didatangkan khas daripada Indonesia. Baby HS dibawa ke hadapan bersama dengan 3 baby yang lain dan setiap daripada mereka dibacakan doa, cium di ubun-ubun, tahnik dan cukur jambul. Alhamdulillah baby HS sangat behave. Aku risau juga ketika itu khuatir baby HS cranky. 

Hasratku termakbul jua, syukur alhamdulillah. Bukan mudah untuk mendapat doa-doa daripada orang yang soleh.

Sebut tentang cukur jambul, dulang disediakan. Sangat simple. Air kelapa, gunting, sedikit bunga sebagai hiasan dan madu. Kenapa air kelapa? Aku pun tak pasti. Mungkin sebab supaya rambut anak lebat nanti kot? Terima kasih mama sediakan bunga-bunga telur juga sebagai buah tangan untuk para VIP.

Keesokan itu, rambut baby HS akhirnya selamat dicukur dan dibotakkan oleh ayahnya sendiri. I am very proud with my husband. Sangat kemas hasilnya langsung tiada sebarang luka malah cukuran adalah sekata. Hannah, awak patut bangga dengan ayahmu yang sememangnya seorang penyabar. 3 jam mengadap untuk dicukur tanpa sedikit pun beliau merungut. 

Semoga baby HS membesar dengan sihat, sempurna, dijauhkan daripada sebarang penyakit yang memudaratkan dan menjadi insan yang sayang pada agama, mama ayah dan orang lain. 💕

Advertisements

Siti Hannah Safiyyah: Amanah dari Syurga

Published February 25, 2015 by esoneniey



Alhamdulillah, penantian selama hampir 3 tahun perkahwinan. Allah Maha Besar, hanya Dia Yang Mengetahui bila masa yang terbaik. 

Yang ditunggu-tunggu akhirnya menjadi nyata. Hadiah buatku kepada suamiku. Husband’s birthdate is 9 January, and our little one is 10 Januari 2015.

Hadiah buatmu ayah. Mama takde wang yang banyak untuk beli barang berjenama jauh sekali kereta yang mahal (eh!). Mama akan sentiasa jaga rahim ini dengan baik supaya ia subur dan melahirkan keturunan kita. InsyaAllah. Anak ini bakal mengubah hidup kita menjadi lebih bahagia. Amin.

Aku takkan lupa wajah suamiku ketika contraction, ketika dirawat, di-inject, ketika muntah 3 kali sebelum deliver, muntah di depan doktor-doktor pakar sebelum tolak troli ke OT, ketika wajah penuh kesyukuran suamiku setelah anak kami keluar dari perut malah wajah suamiku ketika perutku dicarik-carik dan dijahit. Wajah itulah yang sangat precious, priceless dan limited edition (kihkihkih!). Saat itu aku tersedar bahawasanya suamiku sangat menyayangiku dan anak ini. Alhamdulillah. Moga kebahagiaan ini berkekalan.

10 Januari 2015, tepat jam 11:45 malam. Lahirlah zuriat kami melalui kaedah caesarean apabila selama 6 jam bertarung nyawa dan hanya 5 cm sahaja terbuka. Fetus was distress until heartbeat below 90.

‘Okay, baby perempuan. Cukup sifat’, kata Dr Hazinat. Tangisan baby memecah kesunyian. Mata yang rabun ini nampak tangan dan kaki beliau bergerak-gerak meronta di sebuah tempat khas. Badan penuh gigil ini mengucapkan syukur sambil genggam tangan suami yang menemaniku di OT dari awal hingga akhir. Air mata ini sukar nak keluar kerana OT yang maha sejuk. Air mata beku. Selepas itu, nurse letakkan baby ke dadaku sebentar setelah dibersihkan dan aku memanggil, ‘Assalamu’alaikum Hannah Safiyyah, ini mama’. Bulat betul mata dia. Alhamdulillah. 

Seronok pulak masa tue Dr Hazinat jahit perutku sambil berbual-bual dengan assistant beliau. Jangan tak tahu, di OT on radio litefm. Semasa perutku ditoreh-toreh, lagu-lagu lama inggeris berkumandang. Syok betul. Doktor pakar bius kemain suka. Sambil tanya aku are you okay, are you okay. Sedangkan perut ketika itu terbuka luas. Aku sekadar angguk, senyum dan menggigil tahan kesejukan.

Nurse panggil husband. Agaknya dia tahu yang beragama islam azankan baby setelah dibersihkan. Husband pastinya memanjatkan syukur. Dialah yang pertama sentuh wajah zuriat beliau, tahnik dan azankan. Saat yang bahagia, indeed.

Setelah dijahit, Dr Hazinat kata esok dia datang jumpa aku. Aku terus dialihkan ke troli yang lain dan hantar ke ward. Alhamdulillah ada ward single executive yang available. Sebelum tue kena tahan dalam 30 minit untuk masukkan salur air kencing. Setengah badan rasa kebas. Hasil daripada suntikan bius 2 kali! Sakit masa cucuk tue di tulang belakang. Pakar bius tue penuh kesabaran cucuk aku sebab aku banyak kali tanya, sakit tak, sakit tak. Yerlah Aku penat. 4 hari di ward aku asyik kena inject. Dexa la, antibiotik la, tahan sakit la, 5 kali blood test la, apa la. 

Akhirnya… Bil hospital pun boleh tahan harganya. Tapi jujurnya, bil hospital seiring dengan service yang diberikan oleh pihak hospital. Daripada staf, doktor, ubatan, layanan, perhatian, makanan semuanya memuaskan. Thank you suamiku syurgaku. Mama tak minta lebih cuma inginkan keselesaan agar sempurna.

Sepanjang rawatan aku dapat staf nurse yang prihatin. (Aku tak suka nurse yang marah dan tegas. Sebab aku sakit dan aku bayar so tak perlu sampai jadi begitu). That’s why itu salah satu reason aku checkup dan bersalin di Tropicana MC. Jadi, berbaloi dengan bayaran dan layanan. Memang terbaik!

Bil hospital aku adalah selama 8 hari. 8 hari dan bil hospital tersebut adalah berbaloi dan memuaskan.

Kenapa 8 hari? 3 hari monitoring sebelum deliver dan 5 hari ketika dan selepas deliver sebab temankan baby yang kena jaundice. Kami tak sampai hati tinggalkan baby di nursery jadinya kami buat keputusan untuk stay sampai baby sihat. Alhamdulillah hasil dari susu ibu, bacaan jaundice dari 176 ke 186 dan turun mendadak ke 133.

Banyak perkara dipelajari dan alami. Rasanya tak tertaip di sini. Perkara yang sukar dijual beli. Hanya memori tersemat di hati.

Terima kasih di atas doa kamu semua. 

Kalau rajin lagi, nak update tentang Tropicana MC dan pengalaman menyusukan anak serta berpantang.

Kalau rajin lah…..

Kini, dah habis pantang pun. Semuanya okay. Semoga baby Hannah Safiyyah membesar dengan sihat. ❤️

Nanti taip lagi…

Ps: Tak sia-sia aku ambil insurance PruChild untuk anakku sejak kandungan 18 minggu. Segala perbelanjaan rawatan jaundice untuk baby ditanggung oleh pihak insurance. Alhamdulillah.