Archives

All posts for the month December, 2014

TTC : Usaha dan Pemakanan Sebelum Hamil

Published December 9, 2014 by esoneniey

Assalamu’alaikum wbt

Sejujurnya pelbagai makanan/supplement aku pernah cuba untuk hamil namun hanya pemakanan sunnah yang serasi denganku. Walaubagaimanapun, aku sendiri tak pasti mana satu yang telah buat aku berjaya hamil. Pastinya dengan izinNya. Kun fayakun.

Sebelum mengambil supplement, aku kenalpasti dahulu apa punca masalah untuk aku hamil. Melalui pelbagai bacaan dan pendapat… Akhirnya, aku tahu iaitu…..

KESUBURAN!!!

Ya, sebenarnya masalah kesuburan adalah permasalahan aku. Ceritanya begini. (Take a note, aku adalah TTC selama 2 tahun).

Sebelum berkahwin dan selepas berkahwin, period aku tidak lancar. Cycle period yang panjang iaitu 40 – 60 hari. Pernah 3 bulan tak datang period. Buntu betul masa tue. Agaknya stress bekerja dan banyak berfikir. Bila cycle panjang, kita sukar tahu bila hari yang subur. Jarang sekali dalam tempoh tahun pertama perkahwinan period aku lancar. Berbekalkan dengan ilmu yang sedikit, aku makan supplement seperti di bawah.

1. EPO – period lancar, cycle 35 days. Namun masih tidak berjaya hamil.
2. Folic Acid Appeton – sama seperti di atas
3. Jus perawan – aku tak serasi sebab badan jadi panas
4. Susu kambing – tak tahan dengan bau

Aku give up buat sementara waktu. Jadi, step seterusnya adalah…

1. Pad herba avail – yup, ini sangat membantu. Selama setahun aku guna setiap kali datang period, aku lega sangat sebab ia kurangkan sengugut, tarik darah kotor yg bergumpal, buang toksik rahim dan sangat melegakan! Sejak itu period semakin lancar. Cycle 30 – 35 days. Namun, harus bersabar.
2. Buah zuriat – minum sekali aje. Sebab suami tak lalu.
3. Debunga kurma – membantu period aku lancar dan buang keputihan.
4. EPO – tetap teruskan

Namun, masih tiada khabar berita. Tetapi, aku gembira kerana period aku semakin stabil. Ketahuilah, tiada berita gembira utk TTC-ian apabila period kembali normal dalam tempoh 30 – 35 days dan ia bukan langkah yang mudah. Utk kembali normal dan merancang untuk hamil, it takes at least 6 months to conceive!

6 bulan sebelum aku hamil (bulan 4 2014), aku telah amalkan pemakanan seperti di bawah.

1. Folic acid dari KK – tq so much sepupuku. Dia yang menasihati untuk makan folic acid dari KK. Folic acid ini juga mujarab dan serasi denganku!!!
2. Berurut – bulan 1 2014, aku pernah pergi berurut dan rupanya rahim aku jatuh sedikit. Tukang urut betulkan rahim aku dan urat. Sakit sangat tapi lega.
3. Olive oil – melancarkan sistem peredaran darah
4. Jus kurma al hidayah – istiqamah selama 3 bulan, setiap hari makan.
5. Biji apricot – tq so much sahabatku, you know who you are. Sangat membantu untuk kesihatan rahimku. Sila google untuk ketahui lebih lanjut.
6. Shaklee; b-complex, epo, vit c – sangat membantu. Make me more calm, stress release and energetic.

All in all, aku tidak tahu mana satu kaedah yang membuat aku berjaya hamil. Sejujurnya aku telah belajar sesuatu.

1. Allah swt sedang menguji kita. Dia rindu untuk mendengar doa dan rintihan kita. Solat sunat dan doa ikhlas adalah kunci segalanya. IKHLAS.
2. Allah swt suruh kita berusaha dan berusaha
3. Berbuat baik kepada haiwan. Anak-anak bulusku. You are my everything.
4. Banyakkan bersedekah
5. Suami adalah top priority
6. Usah buat perbandingan dengan orang lain
7. Tenang, jangan fikir banyak dan berserah kepadaNya

Alhamdulillah, pada bulan 4 2014 aku telah berjaya hamil dan itu adalah pertama kali double line. Syukur. Allah Maha Besar.

Yang sebenarnya, segalanya adalah dariNya. Masalah kesuburan bukanlah perkara baru bagi perempuan. Yang kurang subur pun, masih berjaya hamil. Mungkin kerana kualiti dan kuantiti sperma. Nasihat aku adalah, jangan letakkan kesalahan 100% kepada isteri atau suami. Segalanya adalah tentang ‘balancing’. Allah swt tahu bila waktu yang paling sesuai.

Semoga kami dapat menjaga pemberian dari Syurga ini dengan baik. Insyallah.

Advertisements