Archives

All posts for the month November, 2014

My Pregnancy Story – 2 years of Waiting

Published November 24, 2014 by esoneniey

Assalamu’alaikum wbt

Alhamdulillah kini kandunganku sudah 30 minggu. Allah Maha Besar. Setiap apa yang berlaku pasti ada sebab. Tipulah kalau sepanjang 2 tahun perkahwinan tiada orang yang bertanya kehamilan aku. Malah, yang paling busybody pastinya orang luar yang kau rasa macam nak penumbuk aje. Hehe. Tapi aku nie jenis tak kisah. Lantak nak cakap apa sebab yang tempuhi hidup ini adalah aku dan suami. Kami lebih tahu.

UPT, harapanku

Nak dijadikan cerita, pada April 2014 aku missed period 2 minggu. Belajar daripada pengalaman2 lalu, aku malas nak buat UPT. Tunggu dan lihat ajelah, detik hatiku.

Dalam tempoh missed period tersebut, aku sedang berganti puasa. Hari kedua aku ganti, sewaktu aku memasak untuk juadah berbuka, aku rasa lain macam. Aku rasa mual. Mual yang tak pernah terjadi dalam hidup aku. Seumur hidup aku jarang sekali aku mual & muntah. Keliru. Maka, petang tersebut itulah pertama kali aku rasa loya, pening & mual. Aku fikir, mesti aku banyak buat dosa nie…hmmmm…

Selepas berbuka puasa, aku berehat. Tak boleh banyak bergerak. Benda jadi serba tak kena. Esok itu hari Khamis. Kebetulan, sepupu kecilku Ammar datang ke rumahku. Aku jaga dia pada hari Khamis. Sepatutnya aku berpuasa, tapi oleh sebab mual, aku tak puasa. Lepas Zohor, aku dan Ammar pergi Giant KD. Aku beli barang dapur, rutin mingguanku kalau suami balik weekend, dapur adalah sahabatku. Selepas tue, aku singgah pharmacy beli UPT. Kerna aku masih tertanya-tanya. Jadi, kita tawakal…

Sejurus sampai rumah, aku bergegas ke toilet. Biasalah, tahan pee sejak Zohor tadi. Haha. Aku buat UPT. Saat dan detik, waktu UPT tersebut bergerak, aku langsung tidak mengharapkan apa-apa. Cuma, aku tawakal kepadaNya. Aku letak di sinki toilet, dan keluar toilet untuk melihat anak-anak bulus bermain. Lepas 5 minit, aku masuk toilet dan sungguh aku tak percaya, DOUBLE LINE IS UP! Dan itu adalah pertama kali dalam hidup aku, UPT double line.

Speechless. Rasa sedih. Menangis. Gembira. Macam-macam perasaan. Allah swt Maha Besar. Buat kerja serba tak kena. Macam mimpi. Macam tipu pun ada. He he he.

Suamiku, tenang jiwanya

Aku terus ambil gambar dan send UPT tersebut pada suami. Petang dalam jam 6. Punyalah aku ingatkan dia terus call, rupanya dia balas lebih kurang macamnie. Oh, rupanya dia masih belum faham lagi.

“Apa tue eh? Lain macam aje”. Dusss. Hehe. Itulah suamiku. Dia tenang, seorang yang sangat tenang. Itulah kebanggaanku.

Lepas tue aku jawab, “Tekalah…”. Terus dia call. Masa tue dia tengah kerja.

Aku suruh dia teka. Dia rasanya dapat rasa apa aku rasa tapi biasalah ego seorang lelaki. Dia nak kita yang berterus terang. Dia cakap, “Itu jadi lah ye?”

Terus dia cakap lebih kurang macamnie, “Sayang jangan happy sangat, nanti kita pergi check minggu nie ye…” That’s my husband. Berjiwa tenang. Tapi pastinya dalam hati, dia memanjatkan rasa syukur tidak terkira kepada Allah swt.

Insan paling awal ketahui

Aku khabarkan berita gembira ini pada Mama, Busu dan sahabatku, Haty. Dalam tempoh beberapa minggu, hanya mereka sahaja yang tahu khabar gembira ini.

Sejak itu, setiap hari aku berasa loya dan mual. Muntah adalah kawan baik aku sepanjang trimester pertama. Dalam sehari, average muntah adalah 3 kali.

Antenatal Checkup
Berhajat membuat checkup di Klinik Idzham KD, tapi bukan rezekiku kerana doktor yang bertugas belum ada lagi sebab klinik tue baru launch. Orang klinik tue cakap, ikut kiraan, you baru 5 minggu. 5 minggu belum nampak apa-apa lagi. Typical Malay. Sebelum aku checkup, of course la aku buat sedikit research.

Terus pergi ke Alpha Specialist Centre, tapi dah tutup. Sedih juga masa tue sebab ada sahaja perkara yang membantutkan. Tujuan buat checkup adalah untuk pengesahan. Husband suruh buat. Esok tue hari Isnin, husband bercadang suruh ke Tropicana MC. Yang sebenarnya, dia dah sebut Tropicana dari awal lagi, tapi aku tetap berdegil ke klinik biasa. Sebabnya adalah kos. Dah jadi macamnie, kena dengar cakap suami…huhu.

Esok pagi tue, aku buat lagi UPT. Masih double line. Alhamdulillah. Husband biasalah, acuh tak acuh. Tenang aje.

Tropicana Medical Center

Sampai di TMC, aku speechless. Sebab hospital nie bagi aku sangat eksklusif, comfy, high quality service, etc. Bertaraf hotel. Husband macam biasa relax aje. Rupanya, dia dah biasa ke sini sebab pernah melawat kawan office.

Selepas tanya di kaunter, terus pergi ke tingkat 2. Di situlah bermula segalanya sehingga kini.

Pengalaman seterusnya di TMC aku akan bercerita lagi.

Degupan jantung pertama, syurgaku

Selepas berbual santai dengan Doc yang merawat aku, terus dia minta baring ke tempat scan. Janggal sangat aku masa nie. First time lihat mesin scan. Berdebar sangat. Takut. Tak faham. Macam-macam perasaan.

Itulah kali pertama aku mendengar degupan jantung anak kami. Dan Doc pun declare, yes tahniah you are pregnant! See. Ada heart beat. Pada screen tersebut ada nampak bulat kecil. Dan mesin canggih tersebut boleh nyatakan usia kandungan ku. Alhamdulillah syukur padamu, kandunganku berusia 5minggu++ waktu itu.

Doc kira edd, bagi nasihat, dan macam-macam lagi. Doc pulak very happy. Confuse pulak aku. Hehe. Dia bagi souvenier. First time dapat baby souvenier. I was so happy.

Anakku, you are in my womb now. Maha Besar Allah… Allahurabbi. Terima kasih. Menangis…

Itulah detik-detik penceritaan awal kehamilanku.

Nanti cerita lagi.

Sekarang, baru aku faham kenapa Allah swt tak izinkan aku pregnant sepanjang berada di Melaka…yakni dalam tempoh awal setahun lebih perkahwinan.

Kerana, sepanjang trimester pertama, loya, muntah, mabuk itu adalah sahabatku. Telan apapun, tak boleh hadam. Hanya nasi dan lauk simple. Lupakan nak makan benda sedap. Asid perut memberi kerjasama dengan air liur dan otak, justeru, aku muntah air dan asid. Pedih. Rasa nak mati bila setiap kali muntah. Macam apa entah. Saat tue aku faham perasaan orang yang senasib dengan ku. Malah orang yang sedang mengalami sakit muntah-muntah. Azab. Sangat. Oleh sebab aku ada gastrik sejak dulu, maka, apabila mual dan mabuk bersatu, muntahlah penemanku. Matching.

So, bayangkan jika situasi tersebut berlaku dalam keadaan aku di Melaka waktu itu. Dengan suami yang jauh, dengan kerja yang menggunung, dengan aku tiada siapa-siapa (Family jauh), stress bekerja, maka, pastinya bermasalah, kan?

Allah swt Sahaja Yang Tahu Bila Tepat Waktunya. Sesuai Waktunya. Dia Akan Beri Ujian Pada Orang Yang Mampu… Dia Tahu Segalanya.

Jadi, kita manusia, berhentilah tanya orang lain soalan seperti kehamilan dan seumpamanya. Kerana itu semuanya urusan Dia.

Tiada sepasang suami isteri pun berkahwin tak nak anak, semua nak.

Tiada orang yang faham situasi suami isteri, hanya mereka sahaja yang faham.

Sedarkah kita apabila kita bertanya soalan tersebut, orang itu berkecil hati. Apabila berkecil hati, dia berasa sedih. Apabila berasa sedih, dia akan memanjatkan doa kepadaNya sambil meminta. Dan apabila saat doa dipanjatkan, Allah bisa Mendengar.

Jadi, jangan zalimi dengan soalan yang kejam. Orang yang dizalimi, doanya tiada hijab tau. Tak takut ke?

Terima kasih kepada sesiapa yang membaca. Nanti saya akan share tentang pemakanan sebelum hamil dan semasa hamil. Semoga saya akan rajin menaip. Sebab… Thesis PhD saya terbantut. Alahai, panjang cerita. Sebab, sekarang trimester ketiga, dan… Muntah itu kembali menjadi rakan karib saya.

Wassalam.

Saya yakin, merekalah antaranya menghantar doa kepada Allah swt untuk saya diberikan rezeki. Mereka juga makhlukNya. Mereka juga perlukan kasih sayang. Mereka adalah anak-anak saya.

20141124-214541-78341901.jpg

Advertisements